Image from Google Jackets

Penghasilan halwa cendawan jeli hitam (Auricularia polytricha) / Salwa Hidayu binti Adnan.

By: Contributor(s): Material type: TextTextPublisher: Kota Kinabalu, Sabah : Universiti Malaysia Sabah, 2021Description: xiii, 57 pages : color illustrations ; 30 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
Subject(s): Dissertation note: Academic exercise (BSc.) Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2021. Abstract: Penghasilan halwa cendawan jeli hitam (Auricularia polytricha) adalah bertujuan untuk mempelbagaikan penggunaan cendawan. Objektif dalam kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan formulasi terbaik halwa cendawan jeli hitam melalui ujian sensori. Justeru, untuk menentukan komposisi proksimat bagi formulasi halwa yang terbaik. Serta menentukan ciri-ciri fizikokimia iaitu aktiviti air, warna dan nilai pH bagi formulasi produk halwa yang terbaik. Oleh itu, pemprosesan halwa dari cendawan jeli hitam ini adalah dihasilkan melalui adaptasi penghasilan halwa buah-buahan formulasi dari MARDI. Pemprosesan halwa cendawan jeli hitam ini adalah melalui beberapa peringkatan pemprosesan iaitu penceluran, perendaman di dalam air gula dan pengeringan. Dalam kajian ini, lima kepekatan rendaman telah dilakukan iaitu 35 °Briks, 40 °Briks, 45 °Briks, 50 °Briks dan 55 °Briks. Penggunaan salutan campuran gula aising dan tepung jagung pula adalah bertujuan untuk memperbaiki penampilan produk dan juga untuk meningkatkan rasa yang ada pada halwa cendawan jeli hitam. Formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian sensori. Ujian sensori dijalankan menggunakan ujian hedonik dari segi warna, aroma, tekstur, rasa, kemanisan dan penerimaan keseluruhan. Keputusan ujian hedonik menunjukkan bahawa formulasi F5 yang mempunyai 55 °Briks larutan air gula mempunyai min skor yang tertinggi bagi setiap atribut iaitu (6.30 ± 1.28) warna, (6.25 ± 1.30) aroma, (6.93 ± 1.35) tekstur, (7.28 ± 1.24) rasa, (7.35 ± 1.07) kemanisan dan (7.53 ± 1.41) penerimaan keseluruhan. Keputusan halwa formulasi terbaik mendapati kandungan kelembapan 16.26 ± 1.17, kandungan protein 0.78 ± 0.07, kandungan abu 1.02 ± 0.49, kandungan lemak 0.16 ± 0.23, serabut kasar 2.09 ± 0.41 dan kandungan karbohidrat 79.57 ± 1.39. Keputusan analisis fizikokimia bagi penentuan aktiviti air 0.75 ± 0.030 dan pH 4.77 ± 0.03. Bagi ujian warna, kecerahan bagi halwa cendawan jeli hitam formulasi terbaik adalah lebih tinggi berbanding dengan formulasi kawalan. Kesimpulannya, F5 yang mempunyai 55 °Briks larutan air gula didapati diterima untuk semua atribut sensori.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)

Academic exercise (BSc.) Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2021.

Includes bibliographical references.

Penghasilan halwa cendawan jeli hitam (Auricularia polytricha) adalah bertujuan untuk mempelbagaikan penggunaan cendawan. Objektif dalam kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan formulasi terbaik halwa cendawan jeli hitam melalui ujian sensori. Justeru, untuk menentukan komposisi proksimat bagi formulasi halwa yang terbaik. Serta menentukan ciri-ciri fizikokimia iaitu aktiviti air, warna dan nilai pH bagi formulasi produk halwa yang terbaik. Oleh itu, pemprosesan halwa dari cendawan jeli hitam ini adalah dihasilkan melalui adaptasi penghasilan halwa buah-buahan formulasi dari MARDI. Pemprosesan halwa cendawan jeli hitam ini adalah melalui beberapa peringkatan pemprosesan iaitu penceluran, perendaman di dalam air gula dan pengeringan. Dalam kajian ini, lima kepekatan rendaman telah dilakukan iaitu 35 °Briks, 40 °Briks, 45 °Briks, 50 °Briks dan 55 °Briks. Penggunaan salutan campuran gula aising dan tepung jagung pula adalah bertujuan untuk memperbaiki penampilan produk dan juga untuk meningkatkan rasa yang ada pada halwa cendawan jeli hitam. Formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian sensori. Ujian sensori dijalankan menggunakan ujian hedonik dari segi warna, aroma, tekstur, rasa, kemanisan dan penerimaan keseluruhan. Keputusan ujian hedonik menunjukkan bahawa formulasi F5 yang mempunyai 55 °Briks larutan air gula mempunyai min skor yang tertinggi bagi setiap atribut iaitu (6.30 ± 1.28) warna, (6.25 ± 1.30) aroma, (6.93 ± 1.35) tekstur, (7.28 ± 1.24) rasa, (7.35 ± 1.07) kemanisan dan (7.53 ± 1.41) penerimaan keseluruhan. Keputusan halwa formulasi terbaik mendapati kandungan kelembapan 16.26 ± 1.17, kandungan protein 0.78 ± 0.07, kandungan abu 1.02 ± 0.49, kandungan lemak 0.16 ± 0.23, serabut kasar 2.09 ± 0.41 dan kandungan karbohidrat 79.57 ± 1.39. Keputusan analisis fizikokimia bagi penentuan aktiviti air 0.75 ± 0.030 dan pH 4.77 ± 0.03. Bagi ujian warna, kecerahan bagi halwa cendawan jeli hitam formulasi terbaik adalah lebih tinggi berbanding dengan formulasi kawalan. Kesimpulannya, F5 yang mempunyai 55 °Briks larutan air gula didapati diterima untuk semua atribut sensori.

QUICK ACCESS

LIBRARY GUIDES

UMS IR

MyUMS LIBRARY ACCOUNT

SUBJECT GUIDES

Turnitin

UMS ARCHIVE