Image from Google Jackets

Kesan agen pembawa berbeza ke atas sifat fizikokimia dan aktiviti antioksidan serbuk semburan kering jus delima (Punica granatum) / Tanujaa a/p S Yavanathan.

By: Contributor(s): Material type: TextTextPublisher: Kota Kinabalu, Sabah : Universiti Malaysia Sabah, 2022Description: xiii, 88 pages : illustrations ; 30 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
Subject(s): Dissertation note: Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2022. Abstract: Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan agen pembawa berbeza ke atas sifat fizikokimia dan aktiviti antioksidan pada serbuk semburan kering jus buah delima (Punica granatum). Lima jenis sampel yang terdiri daripada satu sampel jus dan empat sampel serbuk telah digunakan untuk analisis. Proses pengeringan semburan dijalankan menggunakan dua jenis agen pembawa (maltodekstrin dan gam arabik) pada kepekatan 20% dan 30%. Serbuk semburan kering jus delima dengan 20% gam arabik mempunyai tinggi (p < 0.05) hasil serbuk dan ketumpatan pukal berbanding sampel dengan 30% maltodekstrin dan 30% gam arabik. Manakala, serbuk dengan 30% maltodekstrin mempunyai kelarutan air yang lebih tinggi (96.50%), higroskopisiti dan kandungan kelembapan yang lebih rendah (13.83 g/100g dan 4.76% masing-masing) secara signifikan (p < 0.05) daripada sebuk jus delima dengan 20% gam arabik. Walau bagaimanapun, tidak ada perbezaan yang signifikan (p > 0.05) antara sampel dengan 20% dan 30% maltodekstrin dari segi analisis yang dinyatakan. Serbuk dengan 20% maltodekstrin menunjukkan kandungan antosianin (4.64 mg/L) retensi antosianin (97.91%), kandungan fenolik (528.40 mg/g) dan aktiviti antioksidan (1288.5 mM GAE/g DW untuk FRAP dan 363.9 mM GAE/g DW untuk DPPH) yang lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) daripada sebuk dengan 30% maltodekstrin. Namun demikian, jenis agen pembawa dan kepekatan agen pembawa tidak memberi kesan yang signifikan (p > 0.05) terhadap jumlah perbezaan warna serbuk jus delima. Kajian mendapati 20% maltodekstrin adalah agen pembawa yang paling sesuai berbanding gam arabik untuk semburan kering serbuk jus delima.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Home library Call number Copy number Status Date due Barcode
Academic Exercise Academic Exercise MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection FSMP .T26 2022 (Browse shelf(Opens below)) 1 Not for loan 1000393477

Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2022.

Includes bibliographical references.

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan agen pembawa berbeza ke atas sifat fizikokimia dan aktiviti antioksidan pada serbuk semburan kering jus buah delima (Punica granatum). Lima jenis sampel yang terdiri daripada satu sampel jus dan empat sampel serbuk telah digunakan untuk analisis. Proses pengeringan semburan dijalankan menggunakan dua jenis agen pembawa (maltodekstrin dan gam arabik) pada kepekatan 20% dan 30%. Serbuk semburan kering jus delima dengan 20% gam arabik mempunyai tinggi (p < 0.05) hasil serbuk dan ketumpatan pukal berbanding sampel dengan 30% maltodekstrin dan 30% gam arabik. Manakala, serbuk dengan 30% maltodekstrin mempunyai kelarutan air yang lebih tinggi (96.50%), higroskopisiti dan kandungan kelembapan yang lebih rendah (13.83 g/100g dan 4.76% masing-masing) secara signifikan (p < 0.05) daripada sebuk jus delima dengan 20% gam arabik. Walau bagaimanapun, tidak ada perbezaan yang signifikan (p > 0.05) antara sampel dengan 20% dan 30% maltodekstrin dari segi analisis yang dinyatakan. Serbuk dengan 20% maltodekstrin menunjukkan kandungan antosianin (4.64 mg/L) retensi antosianin (97.91%), kandungan fenolik (528.40 mg/g) dan aktiviti antioksidan (1288.5 mM GAE/g DW untuk FRAP dan 363.9 mM GAE/g DW untuk DPPH) yang lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) daripada sebuk dengan 30% maltodekstrin. Namun demikian, jenis agen pembawa dan kepekatan agen pembawa tidak memberi kesan yang signifikan (p > 0.05) terhadap jumlah perbezaan warna serbuk jus delima. Kajian mendapati 20% maltodekstrin adalah agen pembawa yang paling sesuai berbanding gam arabik untuk semburan kering serbuk jus delima.

QUICK ACCESS

LIBRARY GUIDES

UMS IR

MyUMS LIBRARY ACCOUNT

SUBJECT GUIDES

Turnitin

UMS ARCHIVE