Faktor perbezaan sosial berdasarkan makanan mempengaruhi kepada kecenderungan terhadap makanan Melayu di Kota Kinabalu / Shyariyanti binti Abdullah.
Material type:
TextPublisher: Kota Kinabalu, Sabah : Universiti Malaysia Sabah, 2022Description: xii, 100 pages : illustrations ; 30 cmContent type: - text
- unmediated
- volume
| Item type | Current library | Home library | Call number | Vol info | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Academic Exercise
|
MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | FSMP .S593 2022 (Browse shelf(Opens below)) | FSMP | 1 | Not for loan | 1000393498 |
Browsing MAIN LIBRARY shelves, Shelving location: Main Library Academic Exercise Collection Close shelf browser (Hides shelf browser)
Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2022.
Includes bibliographical references.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor perbezaan sosial berdasarkan makanan mempengaruhi kecenderungan terhadap makanan Melayu di Kota Kinabalu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kekerapan penduduk Kota Kinabalu mengambil makanan Melayu mengikut jenis berdasarkan Food Frequency Questionnaires (FFQ) (Rodrigo et al., 2015). Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan faktor perbezaan sosial berdasarkan makanan dalam kalangan penduduk Kota Kinabalu yang mempengaruhi kepada kecenderungan terhadap makanan Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan data dikumpul melalui borang soal selidik atas talian serta melibatkan pensampelan mudah. Seramai 274 orang penduduk Kota Kinabalu telah terlibat dalam kajian ini dengan menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 dan dianalisa menggunakan analisis deskriptif dan penjadualan silang melibatkan ujian Chi-Squared. Hasil kajian mendapati jenis makanan Melayu yang paling kerap diambil adalah makanan bergoreng (Min=2.61, Mod=2) dan makanan bernasi yang memiliki nilai yang sama iaitu (Min=2.61, Mod=2). Makanan bergoreng mudah didapati dijual peniaga pinggir jalan (Kamaruzaman et al., 2020). Manakala, makanan bernasi pula menjadi pilihan kerana merupakan makanan ruji rakyat Malaysia (Noor et al., 2021). Bangsa memiliki hubungan signifikan dengan kekerapan pengambilan makanan Melayu dengan nilai (P=.002) kerana bangsa mempengaruhi pengambilan makanan di Malaysia (Abdullah et al., 2016). Bangsa India memiliki kekerapan pengambilan makanan Melayu yang tertinggi iaitu (Min=3.36). Kaum Melayu dan India terkenal dengan penggunaan rempah ratus dalam masakan (Dubey, 2018; Raji et al. 2017). Faktor perbezaan sosial berdasarkan makanan yang paling mempengaruhi responden untuk mengambil makanan Melayu adalah harga makanan dengan (Min=3.39, Mod=4). Harga makanan merupakan salah satu kaedah penilaian yang sering digunakan dan menjadi pemberat bagi menentukan kecenderungan pelanggan untuk membeli sesuatu barangan (Alba at al., 1994; Gupta et al., 1988; Faozi & Hadayani, 2019). Kesimpulannya, makanan bergoreng dan bernasi menjadi pilihan penduduk Kota Kinabalu. Bangsa memiliki hubungan signifikan dengan kekerapan pengambilan makanan Melayu dengan didahului dengan bangsa India. Harga makanan adalah faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan Melayu.