Pengekstrakan dan pencirian kolagen larut asid daripada tulang ikan Unicorn (Naso reticulatus) / Nurul Syazwanie binti Fatiroi.
Material type:
TextPublisher: Kota Kinabalu, Sabah : Universiti Malaysia Sabah, 2022Description: xvii, 88 pages : color illustrations ; 30 cmContent type: - text
- unmediated
- volume
| Item type | Current library | Home library | Call number | Vol info | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Academic Exercise
|
MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | FSMP .N87857 2022 (Browse shelf(Opens below)) | FSMP | 1 | Not for loan | 1000393536 |
Browsing MAIN LIBRARY shelves, Shelving location: Main Library Academic Exercise Collection Close shelf browser (Hides shelf browser)
Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2022
Includes bibliographical references.
Kolagen larut asid berjaya diekstrak daripada tulang ikan Unicorn (Naso reticulatus) menggunakan kaedah rawatan asid yang berbeza iaitu menggunakan 0.5 M asid asetik, asid laktik, dan asid sitrik. Hasil kolagen larut asid yang diekstrak adalah antara 0.40% dan 3.36% (berdasarkan berat kering), dimana hasil kolagen yang tertinggi (p < 0.05) direkodkan pada kolagen larut asid sitrik (KAS). Ketiga-tiga kolagen yang diekstrak iaitu kolagen larut asid asetik (KAA), kolagen larut asid laktik (KAL), dan kolagen larut asid sitrik (KAS) dicirikan berdasarkan sifat struktur dan fizikokimia. Analisis pencirian sifat struktur menggunakan elektroforesis gel poliakrilamida-natrium dodesil sulfat (SDS-PAGE) menunjukkan bahawa KAA, KAL, dan KAS masing-masing mempunyai dua subunit a (a1 dan a2) yang mewakili kolagen jenis I. Penyerapan UV maksimum pada kira-kira 230 nm dan kehadiran lima puncak penyerapan utama (Amida A, Amida B, Amida I, Amida II, dan Amida III) pada spektrum FTIR menunjukkan KAA, KAL, dan KAS mempunyai struktur heliks tripel lengkap. Suhu peralihan haba (Tmax = 33.39-33.51 °C) berada pada julat kestabilan terma yang selaras dengan spesies ikan yang lain. Analisis pencirian sifat fizikokimia bagi KAA, KAL, dan KAS yang melibatkan penentuan pH dan warna (nilai L*) menunjukkan bahawa KAL mempunyai nilai tertinggi berbanding KAA dan KAS. Kandungan hidroksiprolin tertinggi dilaporkan terdapat dalam KAA, namun tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p > 0.05) terhadap KAL. Semua kolagen yang diekstrak adalah sangat larut dalam pH berasid (pH 1 dan 5) dan kepekatan NaCl yang rendah (0-20 g/L). Kesimpulannya, kolagen yang diekstrak daripada tulang ikan Unicorn (Naso reticulatus) boleh dipertimbangkan sebagai salah satu sumber alternatif kolagen untuk diaplikasikan ke dalam pelbagai industri, terutamanya KAA dan KAL berdasarkan pencirian sifat struktur dan fizikokimia yang telah dijalankan.