Image from Google Jackets

Kandungan fitokimia dan aktiviti antioksidan dalam sayuran berdaun hijau yang ditanam di Sabah / Sam Pei Yan.

By: Contributor(s): Material type: TextTextKota Kinabalu, Sabah : Universiti Malaysia Sabah, 2021Description: xvi, 79 pages : color illustrations ; 30 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
Subject(s): Dissertation note: Academic exercise (BSc.) Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2021. Abstract: Pengambilan sayuran berdaun hijau adalah penting kerana memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Namun, kajian tentang kandungan nutrisi dan fitokimia dalam sayuran berdaun hijau yang ditanam di Sabah adalah sangat terhad. Dalam kajian ini, kandungan fenolik, klorofil dan aktiviti antioksidan dalam empat sayuran berdaun hijau yang ditanam di Sabah, iaitu sayur manis (Sauropus androgynus), pucuk ubi kayu (Manihot esculenta), pegaga (Centella asiatica) dan lemiding (Stenochlaena palustris) telah ditentukan. Antara empat sayuran yang dianalisis, lemiding mempunyai kandungan fenolik yang paling tinggi iaitu 18.69 ± 3.75 µg GAE/g berat kering (DW). Pucuk ubi kayu mempunyai kandungan fenolik kedua tertinggi, iaitu 13.23 ± 2.89 µg GAE/g DW, diikuti dengan sayur manis, iaitu 7.40 ± 2.03 µg GAE/g DW dan kandungan fenolik dalam pegaga adalah paling rendah, iaitu 3.66 ± 1.29 µg GAE/g DW. Jumlah kandungan klorofil dalam sayuran yang dianalisis adalah dalam susunan menaik, iaitu lemiding (1.019 ± 0.04 mg/g berat segar (FW)), pegaga (1.518 ± 0.04 mg/g FW), sayur manis (3.036 ± 0.33 mg/g FW) dan pucuk ubi kayu (3.813 ± 0.14 mg/g FW). Keputusan untuk aktiviti penghapusan radikal DPPH pula, keputusan menunjukkan pegaga (65.21 ± 5.17%) mempunyai aktiviti antioksidan yang paling tinggi, diikuti oleh lemiding (52.97 ± 5.90%), sayur manis (16.56 ± 4.24%) dan akhirnya pucuk ubi kayu (6.89 ± 1.09%). Selain itu, analisis statistik menunjukkan bahawa kandungan fenolik tidak berkolerasi dengan aktiviti antioksidan manakala kandungan klorofil mempunyai kolerasi negatif dengan aktiviti antioksidan. Sampel yang mempunyai kandungan fenolik yang tinggi tidak semestinya mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi manakala mekanisme klorofil yang terlibat dalam aktiviti antioksidan mungkin tidak berkaitan dengan kapasiti pendermaan hidrogen.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Home library Call number Vol info Copy number Status Date due Barcode
Academic Exercise Academic Exercise MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection FSMP .S267 2021 (Browse shelf(Opens below)) FSMP 1 Not for loan 1000393608

Academic exercise (BSc.) Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2021.

Includes bibliographical references.

Pengambilan sayuran berdaun hijau adalah penting kerana memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia. Namun, kajian tentang kandungan nutrisi dan fitokimia dalam sayuran berdaun hijau yang ditanam di Sabah adalah sangat terhad. Dalam kajian ini, kandungan fenolik, klorofil dan aktiviti antioksidan dalam empat sayuran berdaun hijau yang ditanam di Sabah, iaitu sayur manis (Sauropus androgynus), pucuk ubi kayu (Manihot esculenta), pegaga (Centella asiatica) dan lemiding (Stenochlaena palustris) telah ditentukan. Antara empat sayuran yang dianalisis, lemiding mempunyai kandungan fenolik yang paling tinggi iaitu 18.69 ± 3.75 µg GAE/g berat kering (DW). Pucuk ubi kayu mempunyai kandungan fenolik kedua tertinggi, iaitu 13.23 ± 2.89 µg GAE/g DW, diikuti dengan sayur manis, iaitu 7.40 ± 2.03 µg GAE/g DW dan kandungan fenolik dalam pegaga adalah paling rendah, iaitu 3.66 ± 1.29 µg GAE/g DW. Jumlah kandungan klorofil dalam sayuran yang dianalisis adalah dalam susunan menaik, iaitu lemiding (1.019 ± 0.04 mg/g berat segar (FW)), pegaga (1.518 ± 0.04 mg/g FW), sayur manis (3.036 ± 0.33 mg/g FW) dan pucuk ubi kayu (3.813 ± 0.14 mg/g FW). Keputusan untuk aktiviti penghapusan radikal DPPH pula, keputusan menunjukkan pegaga (65.21 ± 5.17%) mempunyai aktiviti antioksidan yang paling tinggi, diikuti oleh lemiding (52.97 ± 5.90%), sayur manis (16.56 ± 4.24%) dan akhirnya pucuk ubi kayu (6.89 ± 1.09%). Selain itu, analisis statistik menunjukkan bahawa kandungan fenolik tidak berkolerasi dengan aktiviti antioksidan manakala kandungan klorofil mempunyai kolerasi negatif dengan aktiviti antioksidan. Sampel yang mempunyai kandungan fenolik yang tinggi tidak semestinya mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi manakala mekanisme klorofil yang terlibat dalam aktiviti antioksidan mungkin tidak berkaitan dengan kapasiti pendermaan hidrogen.

QUICK ACCESS

LIBRARY GUIDES

UMS IR

MyUMS LIBRARY ACCOUNT

SUBJECT GUIDES

Turnitin

UMS ARCHIVE