Tinjauan mengenai amalan pengambilan air kelapa muda dalam kalangan etnik Melayu-Brunei di sekitar Kota Kinabalu, Sabah / Nur Ashima binti Rahim.
Material type:
TextPublisher: Kota Kinabalu, Sabah : Universiti Malaysia Sabah, 2016Description: v, 100 pages : illustrations ; 30 cmContent type: - text
- unmediated
- volume
| Item type | Current library | Home library | Call number | Vol info | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Academic Exercise
|
MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | FSMP .N97 2016 (Browse shelf(Opens below)) | FSMP | 1 | Not for loan | 1000393391 |
Browsing MAIN LIBRARY shelves, Shelving location: Main Library Academic Exercise Collection Close shelf browser (Hides shelf browser)
Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2016.
Includes bibliographical references.
Kajian yang dijalankan adalah tinjauan mengenai amalan pengambilan air kelapa muda dalam kalangan etnik Melayu-Brunei di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan kekerapan pengambilan air kelapa muda, untuk mengetahui tahap amalan, mengkaji sikap masyarakat dan mengkaji faktor pengambilan air kelapa muda dalam kalangan etnik Melayu-Brunei di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Dalam kajian ini, seramai 400 orang yang mengambil bahagian iaitu 200 orang lelaki dan 200 orang perempuan. Terdapat sebanyak 90.8% (363 orang) responden yang mengambil air kelapa muda dan 9.2% (37 orang) responden tidak mengambil air kelapa muda. Majoriti responden (55.6%) mengambil air kelapa muda beberapa kali dalam setahun. Situasi tertinggi pengambilan air kelapa dalam etnik ini adalah semasa berbuka puasa. Secara keseluruhan, majoriti (61.7%) etnik kelompok ini mempunyai amalan yang rendah dalam pengambilan air kelapa muda. Tiada amalan tertentu direkodkan berkaitan pengambilan air kelapa muda dalam etnik Melayu-Brunei. Hasil ujian Mann-Whitney pula menunjukkan hubungan signifikan bagi skor pengetahuan antara responden yang tidak mengambil air kelapa muda dan mereka yang mengambil air kelapa muda ($Z=-5.198$, $p=0.000$). Ini menunjukkan responden yang mengambil air kelapa muda lebih berpengetahuan berbanding mereka yang tidak mengambil air kelapa muda. Selain itu, hasil ujian Mann-Whitney menunjukkan hubungan yang signifikan bagi skor tahap pengetahuan antara lelaki dan perempuan ($Z=-5.5059$ $p=0.000$). Ini menunjukkan responden lelaki lebih berpengetahuan dari responden perempuan mengenai kelapa dan air kelapa muda. Secara keseluruhan, tahap pengetahuan dalam kalangan etnik Melayu-Brunei adalah rendah mengenai air kelapa muda. Sikap pula positif ditunjukkan oleh majoriti kaum ini terhadap pengambilan air kelapa muda. Faktor tertinggi yang mempengaruhi pengambilan air kelapa muda adalah faktor rasa (90.3%), manfaat kesihatan (83.8%) dan faktor hilangkan dahaga (81.8%). Promosi khasiat air kelapa diperlukan bagi meningkatkan pengetahuan dan amalan yang tinggi dalam pengambilan air kelapa muda agar industri kelapa terus berkembang maju di seluruh dunia.