Image from Google Jackets

Tahap neo-fobia makanan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di kawasan Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia / Teoh Li Lee.

By: Contributor(s): Material type: TextTextPublisher: Kota Kinabalu Universiti Malaysia Sabah 2016Description: xiii, 145 pages : illustrations, charts ; 30 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
Subject(s): Dissertation note: Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2016. Abstract: Neo-fobia makanan merupakan sifat individu, khususnya kanak-kanak yang menolak pengambilan makanan baharu yang dipercayai boleh mengancam kesihatan mereka. Kajian keratan rentas ini bertujuan untuk meninjau tahap neo-fobia makanan kanak-kanak, faktor-faktor mendorong kepada penolakan makanan dan jenis makanan yang tidak digemari oleh murid-murid mengalami simptom ini. Kajian ini telah dijalankan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 419 murid-murid sekolah rendah yang berumur 8 hingga 11 telah melengkapkan soal selidik kajian. Tiga jenis instrumen telah diaplikasikan dalam kajian ini termasuk Soal Selidik Situasi Makanan, Skala Neo-fobia Makanan dan Tugasan Makanan. Pelbagai ujian statistik telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah yang berkaitan dengan neo-fobia makanan, antaranya ujian Kolerasi Pearson, ujian Khi Kuasa Dua dan ujian regresi logistik. Kajian ini mendapati kanak-kanak perempuan lebih neo-fobia makanan daripada kanak-kanak lelaki (χ²=0.028, p<0.05). Manakala, umur kanak-kanak telah didapati tidak menunjukkan kesan signifikan ke atas tahap neo-fobia makanan (χ²=0.129, p>0.05). Faktor-faktor luaran seperti ibu bapa dan rakan sebaya, ketersediaan makanan, pengalaman makanan didapati memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap penerimaan kanak-kanak terhadap makanan baharu. Hasil dapatan ujian regresi logistik juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat umur ini tidak gemar memakan sayur-sayuran di mana perbezaan signifikan dapat dikesan (Sig. FNS Bendi=0.003, p<0.05; Sig. FNS Kacang Panjang=0.04, p<0.05). Kebanyakan kanak-kanak tempatan yang terlibat dalam kajian ini juga telah didapati menunjukkan tahap kegemaran yang rendah terhadap burger arang, bendi, dan kacang panjang atas sebab kekurangan pengalaman makanan dan persepsi deria (% Burger Arang=55.40; % Bendi=42.50; % Kacang Panjang=19.60).
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Item type Current library Home library Call number Vol info Copy number Status Date due Barcode
Academic Exercise Academic Exercise MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection FSMP .T4645 2016 (Browse shelf(Opens below)) FSMP 1 Not for loan 1000393382

Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2016.

Includes bibliographical references.

Neo-fobia makanan merupakan sifat individu, khususnya kanak-kanak yang menolak pengambilan makanan baharu yang dipercayai boleh mengancam kesihatan mereka. Kajian keratan rentas ini bertujuan untuk meninjau tahap neo-fobia makanan kanak-kanak, faktor-faktor mendorong kepada penolakan makanan dan jenis makanan yang tidak digemari oleh murid-murid mengalami simptom ini. Kajian ini telah dijalankan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 419 murid-murid sekolah rendah yang berumur 8 hingga 11 telah melengkapkan soal selidik kajian. Tiga jenis instrumen telah diaplikasikan dalam kajian ini termasuk Soal Selidik Situasi Makanan, Skala Neo-fobia Makanan dan Tugasan Makanan. Pelbagai ujian statistik telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah yang berkaitan dengan neo-fobia makanan, antaranya ujian Kolerasi Pearson, ujian Khi Kuasa Dua dan ujian regresi logistik. Kajian ini mendapati kanak-kanak perempuan lebih neo-fobia makanan daripada kanak-kanak lelaki (χ²=0.028, p<0.05). Manakala, umur kanak-kanak telah didapati tidak menunjukkan kesan signifikan ke atas tahap neo-fobia makanan (χ²=0.129, p>0.05). Faktor-faktor luaran seperti ibu bapa dan rakan sebaya, ketersediaan makanan, pengalaman makanan didapati memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap penerimaan kanak-kanak terhadap makanan baharu. Hasil dapatan ujian regresi logistik juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat umur ini tidak gemar memakan sayur-sayuran di mana perbezaan signifikan dapat dikesan (Sig. FNS Bendi=0.003, p<0.05; Sig. FNS Kacang Panjang=0.04, p<0.05). Kebanyakan kanak-kanak tempatan yang terlibat dalam kajian ini juga telah didapati menunjukkan tahap kegemaran yang rendah terhadap burger arang, bendi, dan kacang panjang atas sebab kekurangan pengalaman makanan dan persepsi deria (% Burger Arang=55.40; % Bendi=42.50; % Kacang Panjang=19.60).

QUICK ACCESS

LIBRARY GUIDES

UMS IR

MyUMS LIBRARY ACCOUNT

SUBJECT GUIDES

Turnitin

UMS ARCHIVE