Pengambilan buah bambangan (Mangifera pajang) dalam kalangan penduduk dewasa di Kampung Kayu Madang, Telipok / Stanley bin Sius.
Material type:
TextPublisher: Kota Kinabalu, Sabah : Universiti Malaysia Sabah, 2021Description: xv, 58 pages ; 30 cmContent type: - text
- unmediated
- volume
| Item type | Current library | Home library | Call number | Vol info | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Academic Exercise
|
MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | FSMP .S736 2021 (Browse shelf(Opens below)) | FSMP | 1 | Not for loan | 1000393676 |
Browsing MAIN LIBRARY shelves, Shelving location: Main Library Academic Exercise Collection Close shelf browser (Hides shelf browser)
Academic exercise Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2021.
Includes bibliographical references.
Buah bambangan (Mangifera Pajang) memiliki manfaat yang baik terhadap kesihatan terutamanya berkaitan pengurusan berat badan kerana ia dipercayai mengandungi sumber serat yang tinggi.[cite: 14] Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai pengambilan buah bambangan dalam kalangan penduduk dewasa yang mempunyai berat badan normal, berat badan berlebihan, dan obes di Kampung Kayu Madang Telipok, Kota Kinabalu Sabah.[cite: 14] Seramai 102 responden terlibat dalam kaji selidik ini dengan responden perempuan (59 orang) dan responden lelaki (43 orang).[cite: 14] Daripada keseluruhan responden terlibat, data menunjukkan 62.8% responden mempunyai berat badan normal, 23.5% responden mempunyai berat badan berlebihan dan 13.7% responden adalah obes.[cite: 14] Melalui data yang diperolehi untuk tahap pengambilan buah bambangan dari segi kekerapan, didapati bahawa majoriti responden mengambil buah bambangan hanya 1 - 3 kali sebulan.[cite: 14] Majoriti responden yang obes menunjukkan pengambilan yang amat rendah iaitu hanya 1 - 3 kali setahun.[cite: 14] Namun melalui ujian statistik korelasi Spearman yang dilakukan, kekerapan pengambilan buah bambangan tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap indeks jisim tubuh (BMI).[cite: 14] Ini menyimpulkan bahawa terdapat parameter lain yang mempengaruhi indeks jisim tubuh dan perlu dikaji seperti tahap aktiviti fizikal atau pengambilan makanan harian.[cite: 14] Dalam pada itu, responden yang terlibat lebih cenderung mengambil buah bambangan berbentuk jeruk iaitu sebanyak 56.90 peratus kerana jeruk bambangan lebih mudah diperolehi dari segi kebolehdapatan memandangkan buah bambangan adalah bermusim dan Tamu Pekan Telipok dilihat sebagai tempat utama mendapatkan atau membeli buah bambangan.[cite: 14] Bagi faktor pengambilan pula, dilihat tabiat, dan menimbulkan rasa kenyang dan mengawal nafsu makan, dilihat sebagai faktor yang mempunyai hubungan dan berkait rapat terhadap kekerapan pengambilan buah bambangan ($p<0.05$).[cite: 14] Manakala, faktor seperti kandungan serat tinggi, potensi dalam mencegah berat badan berlebihan dan obesiti, potensi dalam mengurangkan berat badan, mencegah penyakit kronik, mudah diperoleh, rasa masam manis dan harga murah tidak mempunyai hubungan terhadap kekerapan pengambilan.[cite: 14] Secara kesimpulannya, pengurusan indeks jisim tubuh (BMI) tidak boleh dipaksikan secara am hanya melalui pengambilan buah bambangan.