Tahap neo-fobia makanan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di kawasan Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia / Teoh Li Lee.
Material type:
TextPublisher: Kota Kinabalu Universiti Malaysia Sabah 2016Description: xiii, 145 pages : illustrations, charts ; 30 cmContent type: - text
- unmediated
- volume
| Item type | Current library | Home library | Call number | Vol info | Copy number | Status | Date due | Barcode | |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Academic Exercise
|
MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | MAIN LIBRARY Main Library Academic Exercise Collection | FSMP .T4645 2016 (Browse shelf(Opens below)) | FSMP | 1 | Not for loan | 1000393382 |
Browsing MAIN LIBRARY shelves, Shelving location: Main Library Academic Exercise Collection Close shelf browser (Hides shelf browser)
Academic exercise (BSc.)-- Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah 2016.
Includes bibliographical references.
Neo-fobia makanan merupakan sifat individu, khususnya kanak-kanak yang menolak pengambilan makanan baharu yang dipercayai boleh mengancam kesihatan mereka. Kajian keratan rentas ini bertujuan untuk meninjau tahap neo-fobia makanan kanak-kanak, faktor-faktor mendorong kepada penolakan makanan dan jenis makanan yang tidak digemari oleh murid-murid mengalami simptom ini. Kajian ini telah dijalankan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 419 murid-murid sekolah rendah yang berumur 8 hingga 11 telah melengkapkan soal selidik kajian. Tiga jenis instrumen telah diaplikasikan dalam kajian ini termasuk Soal Selidik Situasi Makanan, Skala Neo-fobia Makanan dan Tugasan Makanan. Pelbagai ujian statistik telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah yang berkaitan dengan neo-fobia makanan, antaranya ujian Kolerasi Pearson, ujian Khi Kuasa Dua dan ujian regresi logistik. Kajian ini mendapati kanak-kanak perempuan lebih neo-fobia makanan daripada kanak-kanak lelaki (χ²=0.028, p<0.05). Manakala, umur kanak-kanak telah didapati tidak menunjukkan kesan signifikan ke atas tahap neo-fobia makanan (χ²=0.129, p>0.05). Faktor-faktor luaran seperti ibu bapa dan rakan sebaya, ketersediaan makanan, pengalaman makanan didapati memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap penerimaan kanak-kanak terhadap makanan baharu. Hasil dapatan ujian regresi logistik juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat umur ini tidak gemar memakan sayur-sayuran di mana perbezaan signifikan dapat dikesan (Sig. FNS Bendi=0.003, p<0.05; Sig. FNS Kacang Panjang=0.04, p<0.05). Kebanyakan kanak-kanak tempatan yang terlibat dalam kajian ini juga telah didapati menunjukkan tahap kegemaran yang rendah terhadap burger arang, bendi, dan kacang panjang atas sebab kekurangan pengalaman makanan dan persepsi deria (% Burger Arang=55.40; % Bendi=42.50; % Kacang Panjang=19.60).